Wednesday, 4 January 2012

si dia ~~~

hampir 2 minggu aku tak bertemu dengan si dia...hanya melepaskan rindu melalui gambar...dan dalam masa seminggu ini lah aku cuba mencari si dia di tempat biasa ku temuinya...aku ingin si dia berkomunikasi dengan ku walaupun kami hanya berkomunikasi tentang perkara penting sahaja...aku rindukan senyuman, gelak tawa dan suara dia...aku ingin memandang si dia secara langsung walaupun daripada jauh dan walaupun di mata dia, aku mungkin tidak wujud....aku berusaha untuk mencari dan bertegur dengan si dia...dalam fikiran ku, kemungkinan dia sangat sibuk dengan urusan hidupan harian dia sehingga dia jarang berada di tempat yang selalu dia hadiri...selepas usaha aku itu tidak berjaya,  aku telah berputus asa dan membuat keputusan untuk melupakan dia...tetapi tidak ku sangka, hari ini, aku di tegur seorang lelaki di sebuah kedai dan lelaki itu adalah si dia...adakah ini jodoh kami atau hanya suatu kebetulan? hanya Allah yang tahu dan menentukan segalanya....

No comments:

Post a Comment